Jawatan Kosong Pensyarah Kolej FELCRA - Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Kolej FELCRA sesi 2024 kini dibuka. Maklumat lanjut penjawatan adalah seperti di bawah.
Kolej FELCRA merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan. Selaras dengan perkembangan, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan Skim Sementara FESSB (Kolej FELCRA) seperti berikut:-
JAWATAN
1. Pensyarah Keusahawanan (Gred Band 3A)
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Memiliki dalam Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan/Keusahawanan Digital /Teknopreneur dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh MQA dan/atau JPA.
c) Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh mana-mana kolej.
d) Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang berkaitan.
e) Mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam komunikasi dan kemahiran penyampaian di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
f) Memiliki kemahiran asas komputer.
PERMOHONAN
a) Borang Permohonan Jawatan FESSB adalah WAJIB diisi dan borang ini boleh dimuat turun melalui pautan
https://drive.google.com/file/d/1TES5k_JkMoNLfKtpF3IVkrOBkLWmymST/view?usp=sharing.
b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan melalui email
hr@kolejfelcra.edu.my dengan menyusun ke dalam satu dokumen dalam bentuk pdf. Seperti berikut:-
i. Borang Permohonan Jawatan FESSB;
ii. Resume;
iii. Salinan Kad Pengenalan;
iv. Salinan Sijil Kelahiran;
V. Salinan Sijil Akademik PMR/SPM/STPM/Diploma;
vi. Salinan Sijil Akademik Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Phd; dan
vii. Salinan Sijil Kokurikulum dan lain-lain sijil berkaitan.
**Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Ketua Kaum).
c) Sila tulis (nama jawatan yang dipohon) di ruangan tajuk email dan menghantar semua dokumen di para b) selewat-lewatnya pada
2 Disember 2024 (Isnin).
Unit Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kolej FELCRA
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH UPSI
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Kolej FELCRA yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman sosial Facebook rasmi Kolej FELCRA yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://facebook.com/kolejfelcra/