Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak - Iklan Kerja Kosong di UPM Bintulu Sarawak. Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak kini dibuka.
UPM dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DS51
SKIM PERKHIDMATAN : PENSYARAH UNIVERSITI
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
JADUAL GAJI : RM5,855.00 - RM12,445.00
TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
SYARAT PERLANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
(e) Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan;
(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT KHAS UPM BAGI JAWATAN PEGAWAI AKADEMIK:
1. Memperolehi kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Bidang kepakaran/pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut;
I. Sains Komputer / Computer Science
II. Rangkaian Komputer / Computer Network
III. Multimedia / Multimedia
IV. Pertanian Persis
V. Pengembangan Pertanian
VI. Pengurusan Ladang
VII. Pembiakbakaan Tanaman
VIII. Anatomi Haiwan
IX. Rekreasi Hutan
2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana/Sarjana Muda yang cemerlang dalam bidang yang berkaitan (CGPA 3.00 ke atas).
SYARAT LAIN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari laman web UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan memuat turun borang di
https://btu.upm.edu.my/upload/dokumen/2023092119141920230712110913SOK.BUM.BR03.JAWATAN.pdf.
Pemohon dikehendaki menyertakan salinan sijil akademik, transkrip, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran serta dokumen yang berkaitan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dimajukan ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu melalui emel
penjawatanakademik@upm.edu.my.
Permohonan adalah dibuka sepanjang masa dan akan ditutup pada
29 Disember 2023 (Jumaat).
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung iklan boleh diajukan kepada pegawai berikut:
En. Noor Hakim Ahmad
No. Telefon Pejabat : 086-855208
Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my
Pn. Lucy Asa
No. Telefon Pejabat : 086-855234
Emel : penjawatanakademik@upm.edu.my
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH UPMKB
Maklumat jawatan kosong pensyarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman sesawang rasmi UPMKB di
https://btu.upm.edu.my/kandungan/iklan_jawatan_kosong_pensyarah_kanan_gred_ds51-75178 DAN laman sosial Facebook rasmi UPMKB di:
https://facebook.com/upmkb/