Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Melaka (UNIMEL) - Tawaran kerjaya sebagai Pensyarah di UNIMEL sesi 2023 kini dibuka. Mohon Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Melaka (UNIMEL) hari ini.
Permohonan adalah dipelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
JAWATAN DAN SYARAT-SYARAT LANTIKAN
1. Pensyarah (DG 41) (Bidang Syariah & Undang-Undang)
TARAF JAWATAN : Kontrak
Terdiri daripada warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun ke atas ;
PENSYARAH (DG 41)
Syarat Lantikan:
i. Ijazah Sarjana (Masters) di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana (Masters) di dalam bidang yang berkaitan.
CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :
i. Borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Universiti Melaka
www.unimel.edu.my di
https://unimel.edu.my/v3/download/JawatanKosong/2023/BorangPermohonanJawatan.pdf
ii.
Resume / butir-butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon.
iii. Salinan kelayakan dan dokumen yang berkaitan (Wajib)
iv. Salinan sijil – sijil / dokumen yang berkaitan.
b) Tarikh tutup permohonan jawatan adalah sebelum / pada
14 November 2023 (Selasa). Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan. Permohonan hendaklah dihantar bersama
salinan sijil yang diakui sah kepada:
PENDAFTAR
UNIVERSITI MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)
PERKARA AM
1. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan dipanggil temuduga.
2. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Pihak UNIMEL tidak akan menanggung sebarang kos yang dikeluarkan untuk menghadiri temuduga ini.
SUMBER
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Universiti Melaka (UNIMEL) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman sesawang UNIMEL yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://unimel.edu.my/ ATAU laman sosial Facebook rasmi UNIMEL di
https://facebook.com/unimel.official/