Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Johor - Permohonan kerja Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Johor kini dibuka. Jadilah yang pertama memohon jawatan kosong Pensyarah UiTM Cawangan Johor hari ini.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor (Kampus Segamat).
JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED VK7)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED VK7) SECARA TETAP
GRED GAJI |
GAJI MINIMUM |
GAJI MAKSIMUM |
DM45 |
RM 3,070.00 |
RM 11,095.00 |
DM51 |
RM 5,855.00 |
RM 12,445.00 |
DM53
(Prof. Madya)
|
RM 6,162.00 |
RM 13,235.00 |
Profesor
(Gred VK7) : VK 7
|
RM 7,190.00 |
RM 14,587.54 |
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED VK7) SECARA TETAP
FAKULTI/KOLEJ PENGAJIAN |
BIDANG PENGAJARAN |
Kolej Pengajian Pengkomputeraan, Informatik dan Media |
Sains Komputer |
Syarat-syarat kelayakan:
PENSYARAH UiTM
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7: RM7,676.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
Kad Pengenalan
Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
5. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 9(III) Pindaan 7/2003 yang boleh didapati sendiri di
Pejabat Pentadbiran, Universiti
Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang di
https://johor.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/51-about-us/hebahan/248-iklan?Itemid=239 atau
https://mohon.co/jawatan-kosong-uitm-johor/
Tarikh tutup permohonan adalah pada
27 Jun 2023 (Selasa).
Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2339 / 2273 / 2020