Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Tawaran kerja Kosong Pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini dibuka untuk permohonan.
JAWATAN KOSONG PENSYARAH UTEM
Berikut adalah senarai kekosongan jawatan
pensyarah yang ditawarkan oleh UTEM bagi sesi tahun 2022:
Senarai Jawatan Pensyarah
1. Pensyarah Universiti DS45/DS51
1. FAKULTI: Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (FPTT)
KEPERLUAN BIDANG KRITIKAL: Rantaian Bekalan dan Logistik / Pemasaran
2. FAKULTI: Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)
KEPERLUAN BIDANG KRITIKAL: Teknologi Permainan, Pengaturcaraan Pangkalan Data Lanjutan, Pembangunan Aplikasi Mobile
3. FAKULTI: Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP)
KEPERLUAN BIDANG KRITIKAL: Metalurgi, Kimpalan, Modifikasi Permukaan
4. FAKULTI: Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK)
KEPERLUAN BIDANG KRITIKAL: Pengurusan/ Pembangunan Sumber Manusia / Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
5. FAKULTI: Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB)
KEPERLUAN BIDANG KRITIKAL: Bahasa Inggeris
SYARAT & KEPERLUAN
1. Permohonan ini hanya terbuka kepada
WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada gred yang dipohon pada pautan iklan di atas.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen seperti berikut:
3.1 Borang Permohonan Jawatan Akademik (Pensyarah Universiti / Pegawai Latihan Vokasional / Guru Bahasa)
Muat Turun Borang Permohonan Jawatan Akademik
3.2 Selain daripada Borang Permohonan Jawatan Akademik, pemohon yang memohon jawatan Pensyarah Universiti juga perlu memenuhi Syarat Minima Permohonan Ke Jawatan Profesor Gred Khas (C) / Profesor Madya Gred DS53 / Pensyarah Kanan Gred DS51 (Lampiran A1 / A2) dan mengisi Borang Penilaian Syarat Minima Permohonan (Lampiran B1 / B2).
✔️ Kategori I : Bagi Pelantikan Calon Luar dari Industri :
Muat Turun
Lampiran A1
Lampiran B1
✔️ Kategori II : Bagi Pelantikan Calon Luar dari IPT (Awam dan Swasta):
Muat Turun
Lampiran A2
Lampiran B2
3.3 Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan-Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengisi borang Pengesahan Ketua Jabatan di Lampiran A.
Muat Turun Borang Pengesahan Ketua Jabatan
4. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
5. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan Universiti sahaja akan dipanggil temu duga.
6. Sila hantar borang yang lengkap dengan menyatakan jawatan dan gred dipohon di sudut sebelah kanan sampul surat kepada Universiti ke alamat berikut:
Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal Melaka
7. Borang permohonan hendaklah diterima oleh Universiti pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Borang yang lewat diterima tidak akan diproses.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN
Terbuka sepanjang tahun atau sehingga kekosongan bidang kritikal diisi (mana yang terdahulu).
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada utem dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima oleh utem, hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH UTEM
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari halaman laman sesawang rasmi UTeM yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://e-perjawatan.utem.edu.my/cgi-bin/apply.pl?mselect=iklanA