Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Terengganu - Tawaran kerja Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Terengganu kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon jawatan kosong Pensyarah UiTM Cawangan Terengganu hari ini.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera/Bukan Bumiputera (Warganegara Malaysia) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
JAWATAN KOSONG PENSYARAH UITM TERENGGANU
Jawatan: PENSYARAH
Gred: DM45
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 3,070 - RM 11,095
Jawatan: PENSYARAH KANAN
Gred: DM51
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 5,855 - RM 12,445
Jawatan: PROFESOR MADYA
Gred: DM53
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 6,162 - RM 13,235
Jawatan: PROFESOR
Gred: VK7
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 7,676 - RM 20,592
FAKULTI DAN BIDANG YANG DITAWARKAN
1. FAKULTI / AKADEMI : Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
BIDANG PENGAJARAN : Pemasaran / Pengurusan Operasi / Kewangan / Sumber Manusia
2. FAKULTI / AKADEMI : Fakulti Perakaunan
BIDANG PENGAJARAN :
System and Assurance / Financial Accounting and Reporting
3. FAKULTI / AKADEMI : Fakulti Sains Komputer dan Matematik
BIDANG PENGAJARAN : Matematik / Perangkaian
4. FAKULTI / AKADEMI : Akademi Pengajian Islam Kontemporari
BIDANG PENGAJARAN : Syariah dan Undang-Undang
5. FAKULTI / AKADEMI : Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
BIDANG PENGAJARAN :
Hospitality Management
SYARAT KELAYAKAN
PENSYARAH UiTM
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45 (PENSYARAH)
(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia ; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,380.37).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51 (PENSYARAH KANAN)
(b) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(c) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (VK7) (PROFESOR)
(d) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,676.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana (Master) hendaklah memiliki CGPA 3.00 dan ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master).
b) Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
c) Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
d) Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam/ Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali telah mendapat pengesahan/ diperakukan oleh SENAT UNIVERSITI.
e) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN TERKINI:
• Kad Pengenalan Calon
• Sijil SPM/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
f) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan. Salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini diperlukan sekiranya berjaya ke Temu duga Peringkat Akhir.
h) Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
i) Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
j) Pemohon – pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2022 (Isnin)
Sila kemukakan borang permohonan dan salinan dokumen (PDF) melalui pautan berikut:
https://forms.gle/TkG3XK6kWJ21ukNS6
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan berkaitan iklan boleh hubungi:
Bil. |
Kategori Permohonan |
Emel |
No. Telefon |
1. |
Jawatan Staf Akademik
(Pensyarah) |
bpuitmct@uitm.edu.my |
09-8400 113 (telefon & whatsapp business) |
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH
Maklumat
jawatan kosong pensyarah UiTM Cawangan Terengganu yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman rasmi UiTM Terengganu yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://terengganu.uitm.edu.my