Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan UiTM Cawangan Johor - Iklan kerjaya Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan UiTM Cawangan Johor kini dibuka.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan
Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.
A. JAWATAN AKADEMIK (PTFT)
FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
BIDANG: BAHASA MANDARIN / BAHASA ARAB
JADUAL GAJI:
Sarjana Muda: RM2,300
Sarjana/Doktor Falsafah: RM2,800
JAWATAN AKADEMIK
1. PENSYARAH UiTM
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Syarat Kelayakan
i. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SijilPelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA/PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
iv. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
v. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
vi. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat IjazahSarjana Muda atau Sarjana).
vii. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.
viii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuangkerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.
ix. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (PENTADBIRAN/PTFT. 1/2015).
b. Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di
https://johor.uitm.edu.my/index.php/fasiliti/iklan atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.
c. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik terperinci)
• Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/MQA
d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
e. Pemohon-pemohon mestilah sedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.
f. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada
5 April 2022 (Selasa).
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM.12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2273 / 2486 / 2020
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UITM JOHOR
Maklumat
jawatan kosong pensyarah UITM JOHOR yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman rasmi UiTM Cawangan Johor di
https://johor.uitm.edu.my/index.php/fasiliti/iklan