Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) - Tawaran kerja Kosong Pensyarah Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) kini dibuka untuk permohonan.
Sukacita dimaklumkan bahawa KYPJ kini mempelawa mana-mana individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
JAWATAN KOSONG PENSYARAH
1. Pensyarah Rekabentuk Dalaman
Keperluan : 1 orang
Status: Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Profesional (Akademik)
Gred Jawatan: E1
SYARAT PERMOHONAN
Ijazah Sarjana Muda Seni Rekaan Dalaman / Yang Berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Warganegara Malaysia
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
Kemahiran berkomunikasi yang baik
Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
Boleh bekerja dalam satu pasukan
Lokasi bertugas di KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR
2. Pensyarah Sumber Manusia
Keperluan : 1 orang
Status: Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Profesional (Akademik)
Gred Jawatan: E1
SYARAT PERMOHONAN
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Warganegara Malaysia
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
Kemahiran berkomunikasi yang baik
Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
Boleh bekerja dalam satu pasukan
Lokasi bertugas di KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menghantar surat permohonan jawatan dan resume. Salinan yang diperlukan adalah seperti berikut yang perlu
DICOP PENGESAHAN:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak
Salinan Sijil-Sijil Akademik
Sekeping Gambar Ukuran Passport
2. Sila kemukakan permohonan anda kepada:
BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
KUMPULAN PENDIDIKAN YPJ
ARAS 2, JALAN KULAI-KOTA TINGGI,
KM 16, JALAN KULAI, 81000, JOHOR
Tel : 07-862 5625
Email : kerjaya@kpypj.edu.my
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi daripada tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.
4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
TARIKH TUTUP
31 Januari 2024 (Rabu)
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH KYPJ
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman sosial rasmi KYPJ yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://facebook.com/kypjofficial/