Jawatan Kosong Pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) - Tawaran Jawatan Kosong Pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) hari ini.
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia (IAB, KPM) dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan memenuhi syarat kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN : PENSYARAH KANAN GRED DG48
Tempat : IAB Induk Bandar Enstek
A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan umum seperti berikut:
a) Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya pada peringkat Sarjana;
b) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan;
c) Telah disahkan kenaikan pangkat Gred Hakiki (pemangkuan) @ Gred DG48(KUP)/ DG52(KUP)/ DG54(KUP);
d) Purata markah LNPT untuk tiga (3) tahun terakhir adalah 90% dan ke atas;
e) Bebas daripada tindakan tatatertib;
f) Sihat tubuh badan;
g) Telah mengisytiharkan harta;
h) Bukan Peminjam Pendidikan Tegar dari Institusi Pinjaman Pendidikan;
i) Tidak digalakkan untuk memohon melanjutkan pelajaran dalam tempoh tiga (3) tahun setelah berkhidmat di IAB;
j) Sedia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun di IAB Induk Bandar Enstek; dan
k) Mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pada tarikh iklan ditutup.
B. CARA PERMOHONAN
1. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen wajib seperti berikut melalui e-mel
upsmiv@iab.moe.gov.my:
a. Borang permohonan;
b. Gambar berukuran pasport;
c. Salinan Kad Pengenalan;
d. Resume;
e. Surat Pengesahan Pelantikan;
f. Surat Pengesahan Perkhidmatan;
g. Surat Kenaikan Pangkat Terkini (pada gred semasa);
h. Sijil Kelulusan pada peringkat Sarjana atau lebih tinggi; dan
i. Salinan Buku Perkhidmatan (Maklumat perkhidmatan dan rekod cuti) yang disahkan.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada
27 Oktober 2023 (Jumaat).
3. Maklumat lanjut berkaitan perkara ini sila berhubung dengan Unit Pengurusan Sumber Manusia di alamat dan no. telefon seperti di bawah:
Pejabat Pendaftar
Institut Aminuddin Baki
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan
(u.p:
Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 06-7979324/ 9313/ 9314
SUMBER
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman rasmi IAB yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://iab.moe.edu.my/