Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) - Tawaran kerjaya Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) hari ini.
Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
pensyarah berikut:
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Jawatan : PENSYARAH KANAN (DS51) / PENSYARAH (DS45)
Fakulti : FAKULTI SAINS KESIHATAN
Jabatan: Diagnostik Perubatan
Kampus : Shah Alam
Status : Lantikan Secara Kontrak / Tetap
RINGKASAN JAWATAN PENSYARAH KHAS UNISEL
Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Shah Alam, Universiti Selangor ingin melantik Pensyarah (DS45) di bawah Jabatan Diagnostik Perubatan bagi mengisi kekosongan jawatan dan keperluan yang terdapat di fakulti dengan kelayakan akademik seperti berikut:
SYARAT KELAYAKAN
Pensyarah (DS45)
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 23 tahun ke atas pada tarikh lantikan jawatan;
3. Mempunyai Ijazah Sarjana (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Sains Bioperubatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan;
5. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
6. Berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan atau yang setaraf dengannya; dan
7. Berpengalaman mengajar kursus hematologi / sains transfusi dan bank darah / sitopatologi / histopatologi / immunologi dan serologi di institusi pengajian tinggi merupakan satu kelebihan.
TATACARA MEMOHON JAWATAN PENSYARAH KHAS UNISEL
a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan
Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan
Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :-
i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat/penduduk setempat/kariah dan sebagainya.
b) Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077
c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum
24 November 2023..
e) Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
SUMBER IKLAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UNISEL
Maklumat jawatan kosong pensyarah UNISEL yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman rasmi UNISEL di
https://www.unisel.edu.my/vacancy/