Jawatan Kosong Pensyarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) USM - Tawaran Jawatan Kosong Pensyarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) USM kini dibuka untuk permohonan.
JAWATAN
Pensyarah Universiti (Kontrak)
Di Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
Universiti Sains Malaysia
BIDANG
Bidang Pendidikan Tinggi dengan pengkhususan:-
1. Polisi Pendidikan Tinggi
2. Pembentukan dan Penilaian Polisi
3. Governan, Kepimpinan & Pengurusan
KELAYAKAN
Warga negara Malaysia yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan / Sains Sosial / Kemanusiaan.
Mempunyai pengalaman menjalankan penyelidikan dan rekod pencapaian yang baik dalam penerbitan serta berpengalaman dalam pengajaran.
Calon yang mempunyai pengalaman pengajaran & pembelajaran dalam bidang berkaitan di atas akan diberi keutamaan.
Pemohon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.
CARA MEMOHON
Majukan secara email butiran jaya diri (CV) dan dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya
6 April 2022 kepada:
ipptn@usm.my