Tawaran Jawatan Kosong Pensyarah oleh Usim Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) - Permohonan Kerja Kosong Pensyarah Usim Tijarah Holdings Sdn Bhd kini dibuka untuk permohonan.
Usim Tijarah Holdings Sdn Bhd dengan ini mempelawa Warganegara yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi keperluan perjawatan seperti berikut:
IKLAN JAWATAN KOSONG AKADEMIK
JAWATAN: Pensyarah Akademik (Sambilan)
SESI PENGAMBILAN: Mac 2022
SUBJEK/ BIDANG
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)
• Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia
• Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan
• Sekolah dan Masyarakat
• Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
• Pentaksiran Pembelajaran
• Pedagogi Pendidikan Islam
• Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling
• Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
• Falsafah Sains Islam
• Arabiyyah Ittisaliyyah Wa Thaqafiyyah
• Kajian Tindakan dalam Pendidikan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan disenaraikan seperti berikut:
a. Profil Peribadi / Resume termasuk nombor telefon dan alamat e-mel terkini;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd)/Ijazah Sarjana yang telah disahkan;
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan;
e. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan;
f. Sijil Kokurikulum yang telah disahkan.
(sila pastikan susunan dokumen adalah mengikut ketetapan di atas).
CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah dihantar melalui softcopy sahaja.
b. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
c. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
d. Sila kemukakan permohonan melalui emel
info@usimtijarah.com (permohonan yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).
Tarikh Iklan : 18 Februari 2022 (Jumaat)
Tarikh Tutup : 28 Februari 2022 (Isnin)
MAKLUMAT KELAYAKAN
Kelulusan minimum adalah Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan) ATAU Ijazah Sarjana (Pendidikan) dan mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain.
Semua bidang-bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk jawatan SAMBILAN sahaja.