Jawatan Kosong Pensyarah Yayasan Islam Terengganu (YIT) - Iklan kerja kosong pensyarah Yayasan Islam Terengganu (YIT). Pemohonan jawatan kosong pensyarah YIT kini dibuka.
Yayasan Islam Terengganu (YIT) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah seperti berikut:
JAWATAN : PENSYARAH GRED DC41
BIDANG : IJAZAH PENGURUSAN & PROFESIONAL
KEKOSONGAN : 6
PENEMPATAN : PUSAT DAKWAH UMMAH (PADU) PADU), PULAU REDANG
SYARAT KELAYAKAN PENSYARAH YIT
1. Syarat Lantikan:
a. warganegara Malaysia;
b. rakyat Negeri Terengganu;
c. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
d. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DC41: RM1,806.24)
2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. Syarat Tambahan (Ditetapkan oleh Jabatan):
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/ kelulusan akademik yang telah diiktiraf oleh senat universiti/ jawatankuasa berkaitan sebelum atau pad a tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini adalah layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
KAEDAH PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH YIT
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui pautan
https://forms.gle/mxLpK1Wr8QoYTY468
Hanya pemohonan calon yang diterima sebelum atau tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada
30 JANUARI 2022 (Ahad), jam 12.00 tengahari.
SUMBER:
JAWATAN KOSONG YIT