Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Iklan kekosongan Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) terkini.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik secara
Tetap/Kontrak di
Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa UMS seperti berikut:
PENSYARAH UNIVERSITI (GRED DS51/DS53/KHAS C)
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
GUGUSAN BAHASA ASING DAN TEMPATAN
1. BAHASA PERANCIS
2. BAHASA TAMIL
3. BAHASA SEPANYOL
4. BAHASA KOREA
5. BAHASA KADAZAN DUSUN
SYARAT-SYARAT UMUM
i. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bagi calon warganegara pada tarikh tutup iklan,
ii. Mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang baik, iaitu calon dengan Ijazah Sarjana Muda hendaklah mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya;
iii. Bidang pengkhususan kelayakan adalah releven dan bersesuaian dengan keperluan dan penempatan bidang yang diperlukan (contoh: calon dengan kelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki bidang kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang releven dan berkaitan dengan kelayakan Sarjana tersebut);
iv. Calon warganegara bagi tujuan perlantikan tetap hendaklah memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya);
v. Mempunyai kelayakan atau kebolehan pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang baik (Contoh: calon warganegara memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, keputusan MUET sekurang-kurangnya Band 3);
vi.
Adaptasi Teknologi - Berkebolehan dan berkeinginan untuk meneroka kemungkinan, peluang dan cabaran dalam biadng pengurusan dan pentadbiran serta membawa UMS ke arah kejayaan di zaman digital;
vii.
Komunikasi - Memiliki kemahiran komunikasi dan
interpersonal yang tinggi.
SYARAT LANTIKAN
KELAYAKAN LANTIKAN KE PENSYARAH KANAN GRED DS51
Kelayakan Masuk: |
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) |
Bidang/Kelayakan Khusus: |
i. Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan. |
Gaji Permulaan: |
RM 5,855.00 - RM 12,445.00 |
KELAYAKAN LANTIKAN KE PROFESOR MADYA GRED DS53
Kelayakan Masuk: |
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) |
Bidang/Kelayakan Khusus: |
Memenuhi syarat lantikan di Gred DS51 dan; i. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan ii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan. |
Gaji Permulaan: |
RM 6,162.00 - RM 13,235.00 |
KELAYAKAN LANTIKAN KE PROFESOR GRED KHAS C
Kelayakan Masuk: |
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) |
Bidang/Kelayakan Khusus: |
Memenuhi syarat lantikan di Gred DS51 dan; i. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan ii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan. |
Gaji Permulaan: |
RM 7,676.00 - RM 20,592.00 |
CARA MEMOHON
1. Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik yang disahkan benar kepada
Bahagian Pentadbiran PPIB melalui emel: adminppib@ums.edu.my
2. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada
29 Mei 2023 (Isnin)
Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh
tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
PAUTAN RASMI PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UMS TERKINI