Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Iklan kerja kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan pensyarah secara seperti berikut :-
JAWATAN/GRED: PENSYARAH UNIVERSITI DS45 / DS51/ DS53
BIL |
FAKULTI |
BIDANG |
1. |
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA (FKAAB) |
KLIK SINI |
2. |
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP) |
KLIK SINI |
3. |
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (FPTP) |
KLIK SINI |
4. |
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (FPTV) |
KLIK SINI |
5. |
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM) |
KLIK SINI |
6. |
FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST) |
KLIK SINI |
7. |
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK) |
KLIK SINI |
8. |
PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA (PPD) |
KLIK SINI |
9. |
PUSAT PENGAJIAN BAHASA (PPB) |
KLIK SINI |
10. |
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM (PPUK) |
KLIK SINI |
|
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan. Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/ menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerjakerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usahausaha pembangunan pelajar.
KELAYAKAN AKADEMIK
Umum
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
LANTIKAN KE GRED DS45
(a) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(c) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(d) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Nota: Pengambilan Pensyarah Universiti Gred DS45 hanya dikhususkan untuk kekosongan di Pusat Pengajian Diploma sahaja.
LANTIKAN KE GRED DS51
(a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(b) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya ;
dan
(e) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
LANTIKAN KE GRED DS53
(a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(b) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya ; dan
(e) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bersama dokumen berkaitan seperti di bawah :-
i. Borang Permohonan (
muat turun di sini)
ii. Resume ringkas; (bergambar)
iii. Salinan Sijil Kewarganegaraan atau bukti yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia;
iv. Salinan Sijil SPM;
v. Salinan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan Peperiksaan Akhir; (jika berkenaan)
vi. Salinan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir bagi setiap ijazah dari pusat pengajian tinggi;
vii. Salinan keputusan MUET/IELTS/TOEFLSurat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pememgang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
viii. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
ix. Sijil kegiatan luar;
x. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/ Surat Pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan;
xi. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan, dan Slip Gaji Terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja;
xii. Satu (1) keping gambar berukuran pasport;
xiii. Borang dan dokumen yang telah lengkap hendaklah diimbas dan email ke
recruitment@uthm.edu.my
KETERANGAN AM
a. Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan temu duga. Proses pemilihan dan saringan adalah dilaksanakan di peringkat fakulti.
b. TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan (31 Disember 2020) yang telah ditetapkan.
c. Sebarang pertanyaan berhubung permohonan jawatan Pensyarah Universiti sila kemukakan e-mel kepada recruitment@uthm.edu.my dan sertakan bersama Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Jawatan dipohon dan Fakulti dipohon.
UNIT PERANCANGAN DAN PELANTIKAN STAF,
ARAS 2, PEJABAT PENDAFTAR,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
86400, PARIT RAJA,
BATU PAHAT, JOHOR.
PAUTAN RASMI LAMAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UTHM