Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di UiTM Pahang, Kampus Raub - Tawaran kerja kosong Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di UiTM Pahang, Kampus Raub kini dibuka untuk permohonan.
Berita baik kepada anda yang bercita-cita menjadi seorang Pensyarah, adalah dimaklumkan bahawa UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Pahang, Kampus Raub telah mengeluarkan iklan kerjaya Pensyarah dan mempelawa calon-calon daripada kalangan Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan dalam jurusan atau bidang Bahasa Inggeris untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik secara sambilan iaitu Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa.
JAWATAN: PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT) – BAHASA INGGERIS
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
Bagi melayakkan menjawat jawatan ini, calon bagi lantikan hendaklah memenuhi kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda (CGPA: 3.00 dan ke atas) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (lantikan ke Gred DM41) dan/atau
(ii) Ijazah Sarjana (CGPA: 3.00 dan ke atas) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (lantikan ke Gred DM45)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Setiap permohonan yang dilakukan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen yang disenaraikan di bawah ini:
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan ini adalah dianggap tidak berjaya.
KAEDAH PERMOHONAN JAWATAN PENSYARAH
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan jawatan pensyarah yang ditawarkan oleh pihak UiTM:
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Pahang melalui pautan di bawah.
(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 SEPTEMBER 2020 (RABU)
(c) Sila hantarkan permohonan lengkap berserta SALINAN dokumen yang telah disahkan melalui email kepada
khalidmp@uitm.edu.my atau kemukakan permohonan kepada:
KOORDINATOR KURSUS
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, KAMPUS RAUB
27600 RAUB
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-3515417 / 019-3852074
PAUTAN BORANG PERMOHONAN PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT) UITM