Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak - Permohonan kerja Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak kini dibuka. Jadilah yang pertama memohon jawatan kosong Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak hari ini.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan / Samarahan 2 / Mukah.
JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
GRED GAJI |
GAJI MINIMUM |
GAJI MAKSIMUM |
DM45 |
RM 3,070.00 |
RM 11,095.00 |
DM51 |
RM 5,855.00 |
RM 12,445.00 |
DM53
(Prof. Madya)
|
RM 6,162.00 |
RM 13,235.00 |
Profesor
(Gred Khas C) : VK 7
|
RM 7,190.00 |
RM 14,587.54 |
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
AKADEMI/ FAKULTI |
BIDANG |
PERAKAUNAN |
SYSTEM & ASSURANCE |
SAINS GUNAAN |
BIOLOGI |
KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA |
SENIBINA |
Syarat-syarat kelayakan:
PENSYARAH UiTM
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(ii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
dan
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
dan
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
(c) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
(d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya;
dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
(e) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya;
dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan
MESTILAH disertai bersama
SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN :
Kad Pengenalan
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci) *Sila nyatakan sekali tajuk tesis
Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5.
Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana kampus UiTM.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang di
https://sarawak.uitm.edu.my/index.php/advertisement atau
https://drive.google.com/drive/u/3/folders/1zgyhyLlX2wbxhmyQ4wljbqk7blCeSVE6
Tarikh tutup permohonan adalah pada
14 September 2023 (Khamis).
Sila kemukakan permohonan kepada:
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
082-677200 / 082-677005
SUMBER
Iklan jawatan kosong pensyarah UiTM Sarawak yang dikongsikan ini juga boleh dilihat di laman sesawang rasmi UiTM Sarawak di
https://sarawak.uitm.edu.my/index.php/advertisement