Jawatan Kosong Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) - Iklan tawaran Jawatan Kosong Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Pensyarah IPGM hari ini.
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam rangka melaksanakan pengambilan jawatan akademik bagi mengatasi masalah keperluan tenaga pengajar berdasarkan bidang-bidang di kampus Institut Pendidikan Guru.
Sehubungan itu IPGM mempelawa Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah dan Jurulatih Kokurikulum di kampus Institut Pendidikan Guru seluruh negara.
Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
JAWATAN: PENSYARAH (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN-PPP)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia;
Disahkan dalam perkhidmatan;
Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2017, 2018 dan 2019;
Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009);
Telah melaksanakan perisytiharan harta;
Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan;
Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;
Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
i. Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
ii. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Atau
iii. Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah/ Pengetua/ Guru Besar).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SENARAI BIDANG BERKAITAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
BIL |
SENARAI BIDANG |
1. |
Bahasa Melayu |
2. |
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) |
3. |
Bahasa Perancis |
4. |
Bahasa Jepun |
5. |
Bahasa Korea |
6. |
Bahasa Arab |
7. |
Bahasa Tamil |
8. |
Bahasa Cina |
9. |
Sains (Fizik) |
10. |
Sains (Kimia) |
11. |
Sains (Biologi) |
12. |
Pendidikan Islam |
13. |
Pendidikan Islam (Al-Quran - Keutamaan kepada bidang Taranum) |
14. |
Pendidikan Awal kanak-kanak |
15. |
Pendidikan Jasmani |
16. |
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) |
17. |
Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) |
18. |
Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) |
19. |
Matematik |
20. |
Kokurikulum |
21. |
Sejarah |
22. |
Pendidikan Moral |
23. |
Rekabentuk Teknologi |
24. |
Bahasa Jerman |
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki menggunakan Borang PPPM 1A yang disediakan (rujuk pautan di bawah).
Sila sertakan semua Salinan dokumen/ sijil (yang telah disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional - Kumpulan A) seperti berikut:
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Ph.D)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum/ Penglibatan NGO
e) Sijil Kelayakan Profesional bagi Pensyarah Perubatan (sekiranya ada)
f) Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan
g) Borang Ringkasan CV
Sila nyatakan (Jawatan Kosong IPGM-'Bidang yang dipohon') pada sebelah kanan sampul surat.
Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran (Ph.D).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2020 (Jumaat)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, SELANGOR
PAUTAN BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH IPGM DI SINI