Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Iklan kerja kosong Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadilah yang terawal memohon jawatan kosong pensyarah hari ini.
Di UTM, disebalik falsafah "Inovatif . Entrepreneurial . Global" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang dilakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuatkan UTM berbeza.
UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan
pensyarah di UTM.
JAWATAN: PENSYARAH KANAN (GRED DS51)
SKIM PERKHIDMATAN: PENSYARAH UNIVERSITI
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN: PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN: TETAP
LOKASI: UTM JOHOR BAHRU / UTM KUALA LUMPUR
GAJI
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM5,855.00 - RM12,445.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM290.00
ELAUN
Imbuhan Tetap Keraian: RM600.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan: RM700.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup: RM300.00 sebulan - UTM Johor Bahru
RM300.00 sebulan - UTM Kuala Lumpur
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal: 5% dari gaji pokok (tertakluk kepada kelayakan)
BIDANG
1. Fakulti Kejuruteraan
2. Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
3. Fakuli Alam Bina & Ukur
4. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (DS51 & DG41)
5. Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS)
6. Fakulti Teknologi & Informatik Razak
7. Fakulti Sains
SYARAT LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
c) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN (KHAS) UTM BAGI JAWATAN STAF AKADEMIK
1.
Calon perlu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan bahasa dalam Sijil Pelajaran Malaysia:-
a) Bahasa Malaysia/Melayu : Kepujian 1-4;
b) Bahasa Inggeris : Kepujian 1-4
Calon hanya akan diberi pengecualian syarat Bahasa Inggeris sekiranya:-
i) Calon berkelulusan PhD/Sarjana khususnya dari IPT Luar Negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar atau;
ii) Calon memperolehi skor dalam IETLS>6.5 atau TOEFL>600**
**Untuk calon lantikan jawatan Pensyarah atau Guru Bahasa Inggeris, calon perlu menduduki IELTS dan mendapat skor 6.5 ke atas.
3. Syarat asas pelantikan Pensyarah Kanan DS51 di UTM adalah memperolehi
PNGK : 3.50 dan ke atas di peringkat
Ijazah Sarjana Muda.
CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan UTM yang boleh dimuat turun melalui pautan di bawah, beserta Curriculum Vitae, salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN.
2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga di peringkat Fakulti yang berkenaan.
4. Segala dokumen permohonan hendaklah dihantar mengikut alamat berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan / Badan-badan Berkanun / Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini.
6. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dari pihak Universiti Teknologi Malaysia dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan, bermakna permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
7. PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: Terbuka
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan berkaitan iklan jawatan staf akademik boleh hubungi talian:
07-5531192 - Puan Norhidayati binti Rosdi
07-5531247 - Puan Norida binti Hashim
Seksyen Perjawatan dan Kenaikan Pangkat,
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
UTM Johor Bahru.
PAUTAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UTM