Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - Iklan terkini kerja Kosong Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Pensyarah UPNM hari ini.
Peluang Kerjaya Sebagai Staf Akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Permohonan jawatan kosong pensyarah UPNM kini dibuka. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam di
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut :-
Skim Pensyarah Universiti
1. Pensyarah Universiti Gred DS51
FAKULTI |
BIDANG |
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan |
1. Kriminologi
2. Kepolisan dan Penyiasatan
3. Pengajian Peperangan dan Konflik
4. Pengurusan Bencana, Risiko dan Keselamatan
5. Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik
6. Media, Komunikasi dan Pengurusan Informasi
7. Fiqh
8. Pengajian Strategi, Pertahanan dan Keselamatan
9. Hubungan Antarabangsa |
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan |
1. Sains Data |
Fakulti Kejuruteraan |
1. Kejuruteraan Mekanikal
(Thermofluid / Engineering Design Process and Philosophy)
2. Kejuruteraan Awam
(Structure) |
Akademi Kecergasan Pertahanan |
1. Suaian Fizikal |
Skim Pensyarah Perubatan
2. Pensyarah Perubatan Gred DU51/DU53/DU55/VK7
FAKULTI |
BIDANG |
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan |
1. Perubatan Dalaman
2. Obstetrik dan Ginekologi
3. Pembedahan Am
4. Mikrobiologi dan Imunologi |
Keutamaan diberi kepada calon mempunyai kelayakan berikut:
i. Berdaftar dengan
National Specialist Register (NSR) bagi Pensyarah Perubatan.
ii. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) .
iii. Mempunyai pengalaman industri.
iv. Mempunyai pengiktirafan badan profesional.
v. Aktif dalam penerbitan jurnal dan artikel berimpak tinggi.
TARAF JAWATAN
Akademik : Jawatan akan dilantik secara TETAP / PINJAMAN
Permohonan dibuka untuk WARGANEGARA sahaja.
SYARAT LANTIKAN
Sila layari laman web e-recruitment UPNM di capaian https://icareer.upnm.edu.my.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa.
IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED DI SKIM PERKHIDMATAN)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
SYARAT TAMBAHAN
Pemohon perlu mempunyai kesihatan tubuh badan yang diperakui sihat oleh Pegawai Kesihatan dan boleh melakukan aktiviti di luar waktu kerja disamping aktif dalam aktiviti sukan.
KAEDAH PERMOHONAN
i. Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:
https://icareer.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan serta resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga;
ii. Pemohon juga perlu mengisi
Borang Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001) dan
Borang Ringkasan CV. Borang tersebut boleh di dapati di laman web
https://pendaftar.upnm.edu.my. Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta/industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
iii. Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan
melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas;
Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah di poskan ke alamat seperti berikut:
Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
iv. Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
v. Sila kemukakan permohonan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
vi. Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada
31 JULAI 2023 (Isnin).
HUBUNGI
*Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi:
Encik Sazali bin Salim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
No. Tel: 03-90513070
Emel: sazali@upnm.edu.my
Puan Normah binti Musa
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
No. Tel: 03-9051 3400 sambungan 4584
Emel: normah@upnm.edu.my
SUMBER
Sumber iklan Jawatan Kosong Pensayrah UPNM yang dikongsikan di laman ini diperolehi dari laman Facebook rasmi UPNM di
https://facebook.com/upnm2u/