Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) - Tawaran Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) kini dibuka untuk permohonan. Jadilah yang terawal memohon Jawatan Kosong Pensyarah hari ini.
Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berintegriti, komited dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA sebagai PENSYARAH KANAN.
JAWATAN KOSONG PENSYARAH
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia
Berumur kurang dari 65 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / luar negara setaraf dengannya;
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf dengannya;
Memiliki Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman sebagai tenaga pengajar;
Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
Bebas dari 'Credit Tip-Off Service' (CTOS)
Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berikut:
a) Pengurusan Sukan
b) Pelancongan
c) Perundangan
d) Kewangan
e) Perakaunan
f) Bahasa Inggeris
g) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
KAEDAH PERMOHONAN
Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:
Keterngan peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan)
Salinan kad penganalan
Salinan sijil kelahiran
Salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia,
Kolej Universiti Poly-Tech MARA,
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
atau
recruitment@gapps.kptm.edu.my
Tarikh tutup permohonan:
21 Februari 2020
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
Sumber:
Laman Rasmi Perjawatan KUPTM