Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Perlis - Iklan kerja kosong UiTM Perlis. Permohonan
jawatan kosong terkini UiTM Perlis kini dibuka.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis bagi sesi November 2019 kini mempelawa calon-calon di kalangan
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi
jawatan kosong terkini Akademik secara Tetap di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau.
Majikan: UiTM Perlis
Lokasi: Arau, Perlis
Tarikh tutup: 19 November 2019 (Selasa)
Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Perlis
Jawatan: PROFESOR GRED VK7
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 7,676.00 - RM 20,592.00
Jawatan: PROFESOR MADYA GRED DM53
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 6,162.00 - RM 13,235.00
Jawatan: PENSYARAH KANAN GRED DM51
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 5,855.00 - RM 12,445.00
Jawatan: PENSYARAH GRED DM45
Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM 3,070.00 - RM 11,095.00
Nota: Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
FAKULTI
FAKULTI |
BIDANG |
Akademi Pengajian Bahasa |
Bahasa Arab |
Akademi Pengajian Islam Kontemporari |
Pengajian Dan Pendidikan Islam |
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan |
Kewangan
Pengurusan
Sumber Manusia |
Fakulti Sains Gunaan |
Biologi
Kimia |
Fakulti Sains Komputer dan Matematik |
Matematik
Sains Komputer |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Calon bagi lantikan
jawatan kosong pensyarah hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM45 (PENSYARAH)
(c) i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
iii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM51
(d) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;
dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;
dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;
dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM7,676.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
2. Setiap permohonan
MESTILAH disertai bersama
SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN:
a) Kad Pengenalan
b) Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
c) Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
d) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
3. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
4.
Keutamaan hanya diberi kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana/Ph.D dengan CGPA 3.00 dan ke atas/ Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
tidak akan diproses.
6. Hanya permohonan yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Perlis.
KAEDAH PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan Akademik Universiti Teknologi MARA
. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perlis melalui PAUTAN di bawah atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Unversiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.
(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari
19 November 2019 (Selasa)
(c) Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
KAMPUS ARAU
02600 ARAU
PERLIS
NO.TEL: (04- 9882000 / 2207 / 2209 / 2210)
PAUTAN BORANG PENJAWATAN AKADEMIK UITM PERLIS