Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) - Permohonan Kerja Kosong Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon
Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka hari ini.
Permohonan adalah dipelawa kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan
jawatan kosong Pensyarah berikut:
1. PENSYARAH BIDANG KULINARI (GRED DG41)
2. PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (GRED DG41)
Taraf Jawatan : Sambilan
SYARAT & KELAYAKAN
Syarat Wajib:
Terdiri daripada warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
Syarat Lantikan:
a) Ijazah Sarjana (Masters) di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
atau
b) Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan
c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama :
i. Salinan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) / Ijazah Sarjana (Masters) / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan.
ii. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport.
iii. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang rasmi yang boleh didapati melalui laman web Kolej Universiti Islam Melaka
www.kuim.edu.my atau mengambil sendiri di pejabat Pengurusan Sumber Manusia, Kolej Universiti Islam Melaka.
iv. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada:
PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
BATU 28, KUALA SUNGAI BARU
78200 MELAKA
(U/P: UNIT PERJAWATAN)
2. Permohonan hendaklah sampai tidak lewat pada atau sebelum
15 November 2019. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat permohonan.
PERKARA AM
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.