Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Iklan jawatan kosong pensyarah terkini KPM 2023.
JAWATAN KOSONG
1.1. Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) Kolej Matrikulasi
1.2. Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia
1.3. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
1.4. Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
SYARAT-SYARAT UMUM
2.1. PPP Gred DG44/ DG48/ DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);
2.2. Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
2.3. Bebas daripada tindakan tatatertib;
2.4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
2.5. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan
SYARAT-SYARAT KHUSUS
3.1. Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;
3.2. Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);
3.3. Bagi permohonan sebagai
Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum
Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;
3.4. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan
3.5. Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun; dan
3.6. Diperaku oleh Ketua Jabatan.
CARA MEMOHON
4.1. Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti dalam iklan ini.
4.2. Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.
4.3. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
4.4. Mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)
4.5. Iklan ini adalah dibuka bagi tempoh sepanjang tahun
KEKOSONGAN JAWATAN
Kekosongan jawatan adalah bagi subjek seperti berikut:
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Sains Komputer
v. Matematik
vi. Bahasa Inggeris
vii. Perakaunan
viii. Pengurusan Perniagaan
ix. Ekonomi
x. Pengajian Am
LAIN –LAIN
6.1. Calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh tarikh iklan ini dibuka;
6.2. Segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga adalah di bawah tanggungan calon sendiri; dan
6.3. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh iklan dibuka, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
*tertakluk kepada penyata perjawatan yang sedang berkuat kuasa
MUAT TURUN BORANG
1.
Borang Pengambilan Pensyarah Tahun 2023
SUMBER:
www.moe.gov.my