Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Sabah - Iklan kerja kosong pensyarah UiTM Cawangan Sabah. Pemohonan jawatan kosong pensyarah UiTM Sabah kini dibuka.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan
Tetap Akademik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah seperti berikut:
1. Profesor
- Gred VK7
- Gaji minimum: RM 7,676.00
- Gaji maksimum: RM 20,592.00
2. Profesor Madya
- Gred DM53
- Gaji minimum: RM 6,162.00
- Gaji maksimum: RM 13,234.00
3. Pensyarah Kanan
- Gred DM51
- Gaji minimum: RM 5,855.00
- Gaji maksimum: RM 12,445.00
4. Pensyarah
- Gred DM45
- Gaji minimum: RM 3,070.00
- Gaji maksimum: RM 11,095.00
JAWATAN KOSONG PENSYARAH UITM SABAH
Fakulti & Bidang yang ditawarkan
FAKULTI |
BIDANG PENGAJARAN |
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA |
BAHASA MANDARIN |
SYARAT & KELAYAKAN
JAWATAN AKADEMIK
1. PENSYARAH UITM
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 RM3,380.37)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7: RM7,676.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM melalui pautan di bawah.
2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;
a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.
3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
5. Nama jawatan, bidang dan fakulti (jawatan akademik) yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
6. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah
pada 17 November 2023 (Jumaat)
Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :
No. Tel : (088) 513879
PAUTAN BORANG PENJAWATAN PENSYARAH UITM SABAH DI SINI