Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Kelantan - Iklan kerja kosong pensyarah UiTM Cawangan Kelantan. Pemohonan jawatan kosong pensyarah UiTM Kelantan kini dibuka.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap Akademik di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan seperti berikut:
1. Profesor
- Gred VK7
- Gaji minimum: RM 7,676.00
- Gaji maksimum: RM 20,592.00
2. Profesor Madya
- Gred DM53
- Gaji minimum: RM 6,162.00
- Gaji maksimum: RM 13,234.00
3. Pensyarah Kanan
- Gred DM51
- Gaji minimum: RM 5,855.00
- Gaji maksimum: RM 12,445.00
4. Pensyarah
- Gred DM45
- Gaji minimum: RM 3,070.00
- Gaji maksimum: RM 11,095.00
FAKULTI DAN BIDANG YANG DITAWARKAN
1. FAKULTI: Akademi Pengajian Bahasa
BIDANG: Bahasa Ketiga (Mandarin)
2. FAKULTI: Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
BIDANG: Pengurusan
3. FAKULTI: Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik
BIDANG: Pengurusan Sistem Maklumat / Sains Komputer
SYARAT & KELAYAKAN
JAWATAN AKADEMIK
1. PENSYARAH UITM
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 RM3,380.37)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1 (c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7: RM7,676.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Setiap permohonan
MESTILAH disertakan bersama
SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN:
Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan
*Sila kemukakan DOKUMEN melalui link seperti berikut :
https://forms.gle/G5Dhq4oEZXkeuwNx9
2. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi /Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
3. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
4. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga
6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya
7. Pemohon – pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan melalui pautan di bawah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada
8 Oktober 2023 (Ahad)
Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui link seperti yang dipaparkan dalam pautan di bawah.
PAUTAN BORANG PENJAWATAN PENSYARAH UITM CAWANGAN KELANTAN DI SINI