Jawatan Kosong Pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) - Tawaran Kerja Kosong Pensyarah di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kini dibuka untuk permohonan.
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) melalui anak syarikatnya KUIPS Sdn. Bhd. (1032988-M) ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak-anak negeri Perlis) yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik secara Kontrak di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS). Maklumat jawatan tersebut adalah seperti berikut:
JAWATAN PENSYARAH MUDA (GRED DK 41) / PENSYARAH (GRED DK 45) / PENSYARAH KANAN (GRED DK51)/ PROFESOR MADYA (GRED DK 53)
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
GRED GAJI |
GAJI MINIMUM |
GAJI MAKSIMUM |
DK 41 (Pensyarah Muda) |
RM1,911.00 |
RM8,652.00 |
DK 45 (Pensyarah) |
RM2,878.00 |
RM10,075.00 |
DK 51 (Pensyarah Kanan) |
RM5,637.00 |
RM11,285.00 |
DK 51 (Profesor Madya) |
RM5,922.00 |
RM11,955.00 |
FAKULTI BIDANG
FAKULTI PENGURUSAN DAN MUAMALAH
Kewangan dan Perbankan Islam
Pengurusan Muamalat
Teknologi Maklumat
Pentadbiran Perniagaan dan Keusahawanan
Perakaunan
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
Syariah
Usulluddin
Pengajian Islam
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
Bahasa Melayu/ Bahasa Arab/Bahasa Inggeris
Sosiologi/Antropologi/Lulusan Sains Sejarah / Politik
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
i. Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DK 41 (Pensyarah Muda)
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu / Bahasa Arab / Bahasa Inggeris dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan.
ii. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DK 45 (Pensyarah)
(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
(ii) Ijazah Sarjana bidang Kewangan dan Perbankan Islam / Pengurusan Muamalat / Teknologi Maklumat / Pentadbiran Perniagaan dan Keusahawanan / Perakaunan / Sains Sejarah / Politik/ Pengajian Islam / Usulludin / Syariah/ Pengajian Islam dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(b) (Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan.
iii. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DK51 (Pensyarah Kanan)
(c) (i) memiliki kelayakan seperti di Perenggan ii (a) (i),(ii),(iii) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap
kecemerlangan akademik yang
istimewa mutunya;
dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
iv. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DK 53 (Profesor Madya)
(d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan ii (a), (b) dan (c) di atas
(ii) membuktikan tahap
kecemerlangan akademik yang
istimewa mutunya;
dan
(ii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
PERHATIAN KEPADA CALON
1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 18 tahun hingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
3. Setiap permohonan
MESTILAH disertai bersama
SALINAN DOKUMEN berikut yang telah
DISAHKAN:
a. Kad Pengenalan
b. Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
c. Diploma, ljazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
d. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
e. Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja / penetapan gaji.
f. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan Badang Berkanun separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di
Penjuru Atas Sebelah Kiri sampul surat permohonan.
5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki
Ijazah Sarjana / Ph.D dengan CGPA 3.00 dan ke atas Kelas Kedua Tinggi di Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
6. Keutamaan diberikan kepada
calon yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
7. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak melalui majikan
tidak akan diproses
8. Hanya permohonan yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
9. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya.
10. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Kolej Universiti Islam Perlis.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:
a) Pemohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang BPSM (Akademik)-02/2014 Kolej Universiti islam Perlis (KUIPS) yang boleh dimuatnaik dengan melayari laman sesawang Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) melalui pautan di bawah atau boleh diperolehi di Kaunter Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pendaftar dengan bayaran sebanyak RM2.00 (tunai) bagi setiap borang permohonan.
b) Borang permohonan yang telah dilengkapkan dan hendaklah dilampirkan bersama Butiran Peribadi (Resume/CV), salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan kad pengenalan yang telah disahkan, hendaklah dihantar kepada:
PEJABAT PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)
RUMAH KEDAI DUA TINGKAT
TAMAN SEBERANG JAYA FASA 3
02000, KUALA PERLIS
NO. TEL.: 04-9851867
c) Atau boleh dihantar secaraemel ke
pendaftar@kuips.edu.my dengan
menyatakan jawatan yang dipohon
d) Tarikh tutup permohonan adalah pada
19 JULAI 2019. Sebarang surat-menyurat atau emel yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. Sebarang keputusan adalah muktamad.
PAUTAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH KUIPs