Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 2019 - Iklan Kerja Kosong Pensyarah UNIMAS 2019. Permohonan
Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini dibuka.
Universiti Malaysia Sarawak mempelawa individu yang berkelayakan dan dinamik dengan semangat penerokaan untuk menyertai pasukan akademiknya. Pemohon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Universiti dan Pensyarah Perubatan sebagai kakitangan tetap atau kontrak.
1. Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51/DS53 (Profesor Madya)/VK7 (Profesor)
2. Pensyarah Perubatan DU51P/DU51/DU56 (Profesor Madya) dan VK7 (Profesor)
3. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem permohonan dalam talian (eRecruitUNIMAS) di
https://erecruit.ia.unimas.my.
Pemohon yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan Malaysia/ badan berkanun/ majlis tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap.
Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen berikut:
(a) Kad pengenalan / Pasport;
(b) Sijil kelahiran;
(c) Sijil dan transkrip akademik yang berkaitan [SPM (Malaysia sahaja) /Setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD];
(d) Sijil dan dokumen lain yang berkaitan
Tempoh Permohonan: 19 September 2022 – 10 Oktober 2022
Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang dinyatakan di atas atau tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan dalam iklan tidak akan diproses.
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan boleh menganggap bahawa permohonan itu tidak berjaya.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan dan Pembangunan Organisasi di talian 082-581000 samb. 1100/1139/1131 atau emel ke hcms@unimas.my
SUMBER IKLAN JAWATAN PENSYARAH UNIMAS 2022