Jawatan Kosong Pensyarah di UiTM Cawangan Pulau Pinang - Iklan kerja kosong pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang. Permohonan
jawatan kosong pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang kini dibuka.
Pelawaan kepada calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi
jawatan kosong pensyarah secara Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh.
Tarikh permohonan: sehingga 03 Ogos 2021 (Selasa)
Senarai jawatan kosong
UiTM Pulau Pinang yang diiklankan adalah seperti berikut:
1. Pensyarah Gred DM45
Gaji Minimum/Maksimum: RM3,070.00 - RM11,095.00
2. Pensyarah Kanan Gred DM51
Gaji Minimum/Maksimum: RM5,855.00 - RM12,445.00
3. Profesor Madya Gred DM53
Gaji Minimum/Maksimum: RM6,162.00 - RM13,235.00
4. Profesor Gred Khas VK7
Gaji Minimum/Maksimum: RM7,676.00 - RM20,592.00
AKADEMI / FAKULTI |
BIDANG |
KOLEJ PENGAJIAN KEJURUTERAAN |
ELEKTRONIK KOMUNIKASI / ELEKTRONIK KOMPUTER |
JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN |
PENGURUSAN / KEUSAHAWANAN & PEMASARAN |
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK |
MATEMATIK |
Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Pulau Pinang
SYARAT & KEPERLUAN
Syarat Umum
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
(c)(i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d) memenuhi syarat lantikan ke Gred DM45 seperti di perenggan (c) dan;
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53
(e) memenuhi syarat lantikan ke Gred DM45 seperti di perenggan (c) dan;
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C
(f)(i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,190.00)
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG PENSYARAH UiTM
(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati melalui pautan khas di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Ogos 2021 (Selasa).
(c) Sila kemukakan permohonan kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 382 2859/ 2899/ 2857
Borang Jawatan Pensyarah UiTM Pulau Pinang