Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Shah Alam - Iklan kerja kosong pensyarah UiTM Shah Alam 2018. Permohonan
jawatan kosong pensyarah UiTM Shah Alam kini dibuka.
Pelawaan kepada calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi
jawatan kosong pensyarah secara Tetap/Kontrak di UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.
Tarikh permohonan: 14 November 2018 hingga 28 November 2018
Senarai
jawatan kosong UiTM Shah Alam yang diiklankan adalah seperti berikut:
1. Pensyarah Gred DM45
Gaji Minimum/Maksimum: RM3,070.00 - RM11,095.00
2. Pensyarah Kanan Gred DM51
Gaji Minimum/Maksimum: RM5,855.00 - RM12,445.00
3. Profesor Madya Gred DM53
Gaji Minimum/Maksimum: RM6,162.00 - RM13,235.00
4. Profesor Gred Khas VK7
Gaji Minimum/Maksimum: RM7,676.00 - RM20,592.00
Nota :
1. Sila rujuk senarai Fakulti dan Bidang yang ditawarkan bagi jawatan Profesor/Profesor Madya/ Pensyarah Kanan/Pensyarah di
Lampiran 1.
2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Shah Alam
SYARAT & KEPERLUAN
Syarat Umum
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
(c)(i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37); atau
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
(d)(i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e)(i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f)(i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG PENSYARAH UiTM
Untuk Bukan Staf UiTM
i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 November 2018 hingga 28 November 2018 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
ii) Sila nyatakan "Jawatan Kosong UiTM" semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
iii) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
iv) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk
SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
v) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
b. Pemohon tidak perlu mengisi maklumat CGPA pada ruangan CGPA di BAHAGIAN D - Maklumat Institut Pengajian Tinggi sekiranya memiliki kelayakan akademik dari universiti yang tidak menggunakan sistem CGPA.
c. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
d. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
Untuk Staf UiTM Sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.
Tarikh tutup permohonan adalah pada
28 November 2018 (Rabu).
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Emel: bpps@salam.uitm.edu.my
Unit Akademik
No. Tel:
(03) 5544 3091 / 3417 / 3090 / 3006
LAMPIRAN 1