Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Pahang - Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka kini dibuka untuk permohonan.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik secara tetap di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
1. JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C)
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM :
2. JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR
MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C)
GRED GAJI |
GAJI MINIMUM |
GAJI MAKSIMUM |
DM45 |
RM3,070.00 |
RM11,095.00 |
DM51 |
RM5,855.00 |
RM12,445.00 |
DM53 (Profesor Madya) |
RM6,162.00 |
RM12,445.00 |
Profesor (Gred Khas C) : VK 7 |
RM7,676.00 |
RM20,592.00 |
JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C)
AKADEMI/FAKULTI |
BIDANG |
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) |
Sejarah, Tamadun dan Pemikiran Islam |
Fakulti Sains Komputer dan Matematik |
Matematik |
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
PENSYARAH UiTM
1. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; dan
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
(c) (i) memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas;
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
3. Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DM53 (Profesor Madya)
(d) (i) memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas;
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman yang berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
4. Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred Khas C (Profesor)
(e) (i) memiliki kelayakan di perenggan (a) dan (b) di atas;
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya;
dan
(iii) mempunyai pengalaman yang berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan
MESTILAH disertai bersama
SALINAN dokumen berikut:
Kad Pengenalan
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4.
Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki HPNG/ CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
5. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di
http://pahang.uitm.edu.my/v1/ atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka.
(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari
KHAMIS, 15 FEBRUARI 2018
(c) Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN
PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033