Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) kini dibuka untuk permohonan.
Universiti Sultan Azlan Shah mempelawa calon-calon warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan, dedikasi dan komited untuk mengisi kekosongan jawatan pensyarah seperti berikut;
1.Pensyarah Gred DS45
BIL |
JABATAN/FAKULTI |
BIDANG |
1. |
Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
- Psikologi - Kaunseling |
2. |
Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial |
- Hadith |
JAWATAN I
i. Jawatan : Pensyarah, Gred DS45
ii. Taraf Jawatan : Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM 2,800.00 sebulan
vi. Jumlah kekosongan: 2 orang
JAWATAN II
i. Jawatan : Pensyarah, Gred DS41
ii. Taraf Jawatan : Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM 2,300.00 sebulan
vi. Jumlah kekosongan: 1 orang
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia.
ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
(b) Ijazah Sarjana
(Psikologi) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Ijazah Sarjana
(Hadith) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Ijazah Sarjana Muda
(Kaunseling) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(e) Memperolehi PGNK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan diberi keutamaan kepada calon yang memperolehi PNGK 3.50 ke atas.
(f) Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
(g) Ringkasan Tugas – Bertanggungjawab dalam urusan pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi matapelajaran umum (MPU), menyelia dan memeriksa skrip peperiksaan dan melakukan tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
KAEDAH PERMOHONAN
(a) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:
i) Butiran peribadi.
ii) Butiran untuk dihubungi.
iii) Kelayakan akademik.
iv) Pengalaman yang berkaitan.
v) Senarai penerbitan dan penyelidikan.
(b) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
i) Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.
iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta
transkrip.
(SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD)
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
(c) Permohonan yang lengkap beserta surat pemohonan hendaklah dihantar ke alamat :
Naib Canselor
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)
Tel : 05-7732250/343
Fax : 05-7732333
(d) Tarikh tutup :
Permohonan terbuka mulai 30 September sehingga 13 Oktober 2024 (Ahad) sebelum jam 4.30 petang.
SUMBER:
https://www.usas.edu.my/careerusas/